Sunday 27 December 2009

Amalan Teori Pembelajaran Murid-Murid di Sekolah Kebangsaan Bukit Hampar, Segamat, Johor

Sekolah Kebangsaan Bukit Hampar merupakan salah sebuah sekolah yang terkemuka dalam daerah Segamat. Pencapaian murid-muridnya dari aspek kurikulum dan ko-kurikulum yang membanggakan itu menyebabkan sekolah ini menjadi pilihan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Sekolah yang di ketuai oleh Encik Ainun Naim Bin Ibrahim ini telah mencapai pelbagai pencapaian yang sangat membanggakan terutamanya dari aspek kurikulum iaitu rekod pencapaian 5Anya.

Apakah rahsia di sebalik kejayaan sekolah ini? Adakah guru-gurunya mengaplikasikan teori-teori pembelajaran yang telah dikemukakan oleh para sarjana terkemuka dunia? atau murid-muridnya belajar mengikut stail atau cara yang sangat berkesan? Pada 17 hingga 21 Ogos yang lalu, penulis berkesempatan mengikuti program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) atau ‘School Based Experience (SBE)’ selama seminggu si Sekolah Kebangsaan Bukit Hampar, Segamat bersama-sama beberapa rakan penulis dari beberapa IPGM lain dari seluruh Malaysia.

Untuk mengkaji apakah resepi kejayaan murid-murid di sekolah tersebut, penulis dan beberapa rakan yang lain telah berkesempatan mengikuti beberapa kelas akademik oleh beberapa orang guru. Guru yang pertama ialah Tuan Haji Zainal Arifin Bin Suhimi yang juga merupakan Ketua Panitia matematik sekolah tersebut. Beliau mengajar matematik untuk murid darjah empat dan darjah enam. Beliau juga merupakan antara guru yang paling senior dan berpengalaman di sekolah tersebut. Guru yang kedua ialah Encik Zulkifli Bin Salleh. Beliau merupakan guru sains bagi darjah lima dan enam di sekolah tersebut dan merupakan seorang lulusan universiti.

Sekolah tersebut mempunyai tiga kelas bagi setiap darjah iaitu Anggerik untuk kelas pertama, Bunga Raya untuk kelas pertengahan dan Cempaka untuk kelas hujung. Penulis berkesempatan untuk mengikuti kelas matematik Tuan Haji Zainal Arifin Bin Suhimi pada hari Selasa jam 12.20 hingga 1.20 tengah hari di kelas 4 Anggerik iaitu kelas pertama bagi darjah empat. Penulis juga berkesempatan mengikuti kelas Encik Zulkifli Bin Salleh yang mengajar subjek sains bagi kelas 5 Cempaka iaitu kelas paling hujung bagi darjah lima pada hari Rabu jam 8.30 hingga 9.30 pagi di Makmal Sains. Penulis berasa sangat bertuah kerana sewaktu penulis membuat pemerhatian bersama rakan penulis dalam kelas Encik Zulkifli, Guru Besar sekolah tersebut juga turut serta kerana beliau sedang membuat pemantauan tentang P&P Encik Zulkifli.

Seterusnya, penulis akan mengulas hasil pemerhatian penulis berdasarkan kerangka teori yang telah dikemukakan oleh para sarjana terkenal dunia seperti Ivan Pavlov, J. B. Watson, E.L. Thorndike, B.F. Skinner, Albert Bandura, David Ausubel, R.M. Gagne dan Jerome Bruner.

Pengajaran dan pembelajaran yang baik lagi berkesan tidak akan berlaku tanpa perancangan yang rapi. Perancangan yang rapi perlu berlandaskan sesuatu yang kukuh dan diakui kebenaran atau kewajarannya. Perancangan itu merupakan sesuatu yang terbukti benar. Sesuatu yang dimaksudkan itu dikenali sebagai teori. Justeru itu, kerja amali atau pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang baik perlu berlandaskan teori yang terbukti keupayaan dan kejayaannya.

Melalui pemerhatian penulis terhadap kedua-dua kelas tersebut ialah didapati bahawa pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua orang guru tersebut adalah berbeza mengikut tahap kognitif murid-murid. Teori pembelajaran yang diaplikasikan oelh Tuan Haji Zainal Arifin untuk kelas 4 Anggerik adalah berbeza dengan pendekatan yang digunakan oleh Encik Zulkifli bagi kelas 5 Cempaka.

Sebelum itu, mari kita lihat kerangka teori pembelajaran yang telah disediakan oleh para sarjana yang telah saya sebut di atas. Terdapat lima jenis teori pembelajaran iaitu teori pembalajaran behavioriesme, kgonitif, konstruktivisme, humanism dan sosial. Teori pembelajaran behaviorisme dapat dibahagikan kepada dua iaitu pelaziman klasik dan pelaziman operan. Manakala teori pembelajaran kognitif pula dibahagikan kepada Gestalt (celik akal), penerimaan, penemuan dan pemprosesan maklumat hierarki pembelajaran. Untuk laporan ini, penulis hanya akan menghuraikan apa sahaja teori yang digunakan oleh kedua - dua guru tersebut dalam kelas mereka.

Pelaziman klasik (classical conditioning) merupakan teori pembelajaran yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov yang juga merupakan seorang pemenang hadiah Nobel pada 1904. Menurut Pavlov, pelaziman klasik merupakan satu bentuk pembelajaran perkaitan melibatkan ransangan neutral berkait dengan rangsangan semula jadi dan menghasilkan gerak balas yang serupa. Semasa kelas Tuan Haji Zainal, situasi ini berlaku apabila murid-murid mendengar sahaja bunyi tapak kasut Tuan Haji Zainal, mereka akan cepat-cepat mengeluarkan buku sifir kerana set induksi Tuan Haji Zainal ialah melengkapkan petak sifir sebelum memulakan pengajaran. Sebelum memulakan pengajarannya, Tuan Haji akan menyuruh murid-muridnya melengkapkan petak sifir tersebut dalam masa yang ditetapkan. Apabila Tuan Haji masuk kelas dan beliau melihat terdapat murid-murid yang masih belum mengeluarkan buku tersebut, beliau akan merotan murid tersebut. Jika murid tersebut tidak sempat menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan juga, mereka akan dirotan.

Melalui situasi di atas dapat dilihat bahawa pada awalnya apabila murid-murid mendengar bunyi tapak kasut Tuan Haji Zainal tiada sebarang gerak balas atau respons daripada murid-murid kerana bunyi tapak kasut Tuan Haji adalah rangsangan neutral. Apabila bunyi tapak kasut disusuli rotan jika murid-murid belum mengeluarkan buku latihan matematik, murid-murid menjadi takut dan mengeluarkan buku latihan matematik sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kasut Tuan haji Zainal Arifin. Proses ini diulangi sehingga terbentuk perkaitan antara bunyi tapak kasut dengan rotan. Hasilnya apabila, murid-murid mendengar bunyi tapak kasut Tuan Haji Zainal, mereka akan berasa takut dan cepat-cepat mengeluakan buku latihan matematik tanpa disuruh.

Penulis yang berkesempatan mengikuti kelas Encik Zulkifli mendapati bahawa beliau mengaplikasikan teori pembelajaran humanism dalam kelasnya iaitu teori Carl Rogers. Rogers membahagikan pembelajaran kepada dua, iaitu pembelajaran kognitif dan pembelajaran pengalaman yang melibatkan aplikasi pengetahuan. Pembelajaran pengalaman adalah belajar melalui proses membuat. Murid akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran, merancang, membuat kajian, menghasilkan sesuatu sesuatu yang pasti erjaya hasil dan kesan yang memberangsangkan. Semasa kelas Encik Zulkifli, topik yang diajarnya ialah berkenaan ‘state of matters’. Sebelum memulakan kelas, Encik Zulkifli telah awal-awal lagi menyediakan set lengkap peralatan eksperimen untuk murid-muridnya meneroka tajuk tersebut dengan sendiri tetapi masih di bawah pengawasannya. Murid-murid akan menlakukan aktiviti-aktiviti yang disuruh oleh Encik Zulkifli dan membuat catatan terhadap pemerhatian mereka. Melalui cara ini, saya dapati murid-murid sangat berminat untuk mengikuti pembelajaran kerana mereka diberi peluang untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kelas.

Menurut Carl Rogers lagi, pembelajaran yang berkesan akan terhasil jika pelajar berasa tenang dan bebas daripada ancaman serta perbezaan individu atau pengalaman pelajar diambil kira dalam menentukan tahap layanan yang sewajarnya. Beliau juga menyarankan penerimaan semua pelajar akan terhasil jika pelajar berasa tenang dan bebas daripada ancaman serta perbezaan individu atau pengalaman pelajar diambil kira dalam menentukan tahap layanan yang sewajarnya. Encik Zulkifli sememangnya mengguna pakai teori ini kerana beliau sangat berhati-hati semasa menjalankan proses P&P. Semasa penulis mengikuti kelas tersebut, set induksi Encik Zulkifli ialah mengisi pengurusan grafik atau ‘graphic organizer’ yang beliau telah siapkan di papan hitam. Beliau telah memanggil murid-muirdnya untuk pengurusan grafik tersebut tanpa sebarang pilih kasih. Beliau telah memanggil hampir kesemua murid-muridnya untuk mengisi pengurusan grafik tersebut. Kesimpulannya, beliau telah berjaya mewujudkan satu suasan selesa atau bebas daripda ancaman serta perbezaan individu agar murid-muridnya dapat belajar dengan berkesa.

Tamsilannya, waluapapun teori yang digunakan oelh para guru, hasilnya dalah berbeza dan akan menampakkan kesan yang mendalam. Seseorang guru perlu bijak mengaplikasikan teori-teori pembelajaran yang telah dimajukan oleh para sarjana terkenal kerana mengikut kajian mereka teori tersebut terbukti benar.

No comments:

Post a Comment