4 Disember 2006
Kertas SPMku yang terakhir
Jam 4.00 petang
AKu akan melangkah pergi
Meninggalkan sangkar ilmu ini
Sedih . . .menyelami kenangan lalu
Gembira . . .menjejaki kebebasan
Takut . . .menongkah arus kedewasaan
Sayu . . .meninggalkan teman seperjuangan
Namun
Harus ku tempuhi
Wajib ku harungi
Perlu ku jejaki
Alam kedewasaan
Dunia baru bagiku
Dunia lama bagi Mahathir
Dunia usang bagi Embah
Dunia lama bagi CIkgu Zarimah
Dunia asing bagi bayi itu
Ya Tuhan!
4 Disember 2006
Aku menjadi dewasa
Entah bila aku akan berjumpa dengan-Mu
Entah bila aku akan bertemu kekasih-Mu, Muhamad
Entah bila akan ku jejaki Firdausi, dunia abadi
Dunia baru ini
Hanya pondok perteduhanku
Hanya tempat berehatku
Hanya lokasi melepaskan lelahku
Sambil mengutip pemberat ke syurga
Sebelum berjumpa dengan-Mu
Wahai Tuhan pemberi rezeki
Pemandu Fiksi
4 Disember 2006
5.50 petang
Rumah Batu 3
Kg. Jawa
No comments:
Post a Comment