Monday 13 June 2011

Realiti Fantasi


Realiti adalah kehidupan
dibayangi fantasi
ditunjangi illusi
ditabiri nafsu serakah
dibisiki syaitan nauzubillah
Ritma logika realiti dibayangi fantasi
bikin manusia lemah jadi rapuh
mengejar keduniaan yang terlalu ampuh
statistik memanipulasi data catatan manusia
mengkaji jangka usia planet ampuh ini
mengkaji jarak jangka masa yang tinggal
agar mereka bisa menikmati apa sahaja yang ada di bumi ini
menikmati keduniaan yang sememangnya indah
dari kaca mata manusia
kata mereka
"save the best for the last"
mereka tahu hasil statistik itu
mereka itu bisa jadi sesiapa sahaja
dari barat
dari timur
dari timur tengah
mahupun dari artik
ah, biar saja mereka
dunia ini syurga mereka
syurga kita itu, nun di sana
insyallah pasti

11.30 p.m. 5 Jun 2010

4 comments: