Tuesday, 8 November 2011

Adrian Jay Pereira | Pelajar Malaysia mati dikelar di Indonesia.

Inalillah. Sedih betul bila dapat tahu berita ini. Datang untuk belajar tetapi mati dek kerana seorang pencuri bodoh yang kesempitan wang dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang. Pelajar 22 tahun ini mati dikelar lehernya selepas mangsa mendapati terdapat seorang lelaki yang cuba untuk mencuri motosikalnya di rumah sewanya di Malang, Jawa Timur.

Menurut laporan oleh PKMI, Adrian Jay Pereira yang berasal dari Klang ini telah mati di tempat kejadian. Adrian nie pelajar perubatan di Fakultas Perubatan, Universiti Brawijaya, Malang Indonesia. Kejadian ngeri ini telah berlaku pada jam 7 pm. Mengikut pengalaman aku, kalau pukul 7 di Jakarta tu dah gelap macam pukul 8 kat Semenanjung Malaysia so masa tu orang ramai dah balik kerja dah.

Menurut laporan lagi, Adrian telah dikejarkan ke Hospital Saiful Anwar, Malang untuk bedah siasat. Nak pastikan la tu meninggal sebab apa, buat laporan, doktor sahkan kematian.

Pihak Malaysian Students Department di Indonesia sedang dalam proses mendapatkan maklumat lengkap mengenai kejadian ini daripada pihak polis Indonesia dan menghantar pulang jenazah ke Malaysia.

So kepada pelajar-pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara tak kiralah di mana saja, pandai-pandailah jaga diri. Jangan terlalu percayakan orang okkay.


4 comments:

  1. xkan pelajar oversea je.. yg dlm msia ni lak?? huhu

    ReplyDelete
  2. haha. . yg dlm Malaysia pon sama jgk. jaga diri. kat Sabah ke kat Perak ke kat Segamat ke. sama je . .

    ReplyDelete
  3. masyaAllah...hummm dunia semakin mengerikan =(

    btw, dtg sini melawat kamoo..keep it up..nice =)

    ReplyDelete