Thursday, 8 December 2011

Legoland Malaysia

Malaysia sekali lagi disejarahkan dalam peta dunia dengan pembinaan sebuah Taman Tema terkenal dunia, Legoland Malaysia. Siapa yang tak pernah dengar Lego kan. Zaman kecik-kecik dulu memang tak sah kalau tak maen benda tu sehari. Tapi mahal habaq hang menatang Lego nieh. Abah beli satu set je dulu tapi dah lupa dah theme die apa.  Sekarang memang dah tak de lah kan.

Gambar dari The Sun Daily. 

Nah ini dia Legoland Malaysia yang digembar-gemburkan itu. Legoland ini merupakan yang pertama di Asia! So kalau ke selatan Tanah Air dah boleh bercuti di sana 4-5 hari. Mula-mula pergi Universal Studio Singapore, then pergi Sentosa Island last sekali boleh pergi Legoland Malaysia. Kalau sempat singgah Segamat makan durian Segamat *muka bangga. 
Replika lot-lot kedai di Jalan Yap Kwan Seng. 

Tudia, Jalan Yap Kwan Seng bak datang KL-KL Gangster sekalian. Tempat panas! Tempat panas!


Ini pula gambar lot-lot kedai di Johor Bahru. Tak tahulah jalan mana tapi macam Jalan Dhobi *deng!. 

Taman tema ini dijangka dibuka untuk orang ramai mulai penghujung tahun depan. Sekarang ni dah 40% siap dah. Tiket? 
Pre-opening Annual Pass (12 month validity)
Dewasa (12 tahun ke atas) - RM195
Kanak-kanak (3-11 tahun) - RM150

Normal Annual Pass
Dewasa (12 tahun ke atas) - RM275
Kanak-kanak (3-11 tahun) - RM210

Mesti ramai yang bilang tiketnya mahal tapi this is annual pass dude. Bukannya bayar RM275 sekali, pastu bulan depan datang lagi kena bayar lagi RM275. RM275 itu adalah pas tahunan. So sebelum korang serbu taman tema ni dah berhabis tenaga bergambar sana main, main permainan dsb tataplah gambar berikut ye. 

Dato' Abdul Ghani Othman bermesra dengan Harimau Malaya Lego di Legoland Malaysia.

Underconstruction. . . bila nak siap nieeee . .

More info click here.



6 comments:

  1. wanie mazlan, jom g sana ramai2!!

    ReplyDelete
  2. hhahahaa....bapak best ea....sumpah best!!! jom g reramai....

    ReplyDelete
  3. lom bukak lagi . . nga tunggu pre-sale annual pass.

    ReplyDelete