Monday 13 June 2011

Signifikan Tamadun Jepun Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

Dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020 Malaysia, negara Jepun boleh dijadikan sebagai model Malaysia dan Asia dalam aspek pembangunan dan kecemerlangan walaupun bukan keseluruhan. Kemajuan yang dinikmati oleh tamadun Jepun merupakan satu usaha berterusan yang dimulakan sejak ribuan tahun yang dahulu. Oleh hal yang demikian, jika tamadun Malaysia mahu merealisasikan Wawasan 2020, walhal tamadun Malaysia ini masih muda dan mentah, masyarakatnya perlu mengubah sikap dan melakukan anjakan paradigma agar proses transformasi ke arah merealisasikan Wawasan 2020 dengan berkiblatkan Jepun akan berjaya.

Masyarakat tamadun Malaysia seharusnya menguasai sains dan teknologi sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Jepun kerana penyelidikan dan pembangunan (R&D) merupakan tunjang kekuatan yang membolehkan Jepun memonopoli pasaran produk-produk berteknologi tinggi dunia. Mengikut rekod PBB, Jepun merupakan pengeksport ke empat terbesar dunia dan merupakan pengimport ke enam utama dunia. Pemonopolian ke atas pasaran produk berteknologi tinggi ini menyebabkan ramai rakyatnya hidup mewah dan berjaya. Tokyo dalam indeks HDI diklasifikasikan sebagai bandar ke lapan yang tinggi kos sara hidupnya. Hal ini membuktikan bahawa ramai masyarakat Jepun sudah berjaya atau dengan kata lain menikmati kemajuan yang diterima oleh tamadun Jepun pada hari ini.

Selain itu, sistem pendidikan yang sama antara penduduk juga memberikan peluang orang-orang Melayu menerima semangat kebangsaan. Jika dibandingkan dengan sistem Inggeris, mereka tidak memberikan peluang yang sama. Orang-orang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran. Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan meliputi bidang-bidang Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai subjek akademik lain. Hal ini mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu pengetahuan. Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkan pengetahuan berbahasa. Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme.

Masyarakat tamadun Malaysia juga perlu menanamkan sikap cintakan ilmu seperti mana yang dilakukan oleh masyarakat tamadun Jepun. Sikap cintakan ilmu akan membawa kepada semangat ingin tahu, pendidikan sepanjang hayat dan kecemerlangan yang berterusan. Tamadun Malaysia perlu tahu ramuan ini agar proses menjadi negara maju melalui medium Wawasan 2020 akan berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

No comments:

Post a Comment