Sunday, 12 June 2011

Kepelbagaian Budaya Dapat Membantu Mewujudkan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Oleh: Ziham Zawawi Mazlan

Sejak sekian lama, bangsa Malaysia yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum telah hidup secara bertoleransi dan berdemokrasi sejak zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka lagi demi kelestarian kemakmuran negara bersama. Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia merupakan aspek penting dalam masyarakat di negara ini (Bernama, 2010). Oleh itu, usaha berterusan daripada pelbagai pihak untuk melestarikan aset berharga ini perlu dihargai dan diberi sokongan yang paling jitu. Menurut pepatah orang-orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya, oleh hal itu usaha untuk mengekalkan asset yang tidak ternilai ini perlulah dimulakan sejak bangku sekolah rendah lagi.

Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab para guru dan pihak pentadbiran sekolah di seluruh Malaysia untuk bahu-membahu demi menjayakan usaha murni ini. Jika diamati tentang hal kepelbagaian budaya dan sekolah ini, kedua-dua entiti ini secara kasarnya tampak tidak berkait antara satu sama lain namun jika diperhalusi dengan betul-betul kedua-dua entiti ini saling berkait antara satu sama lain sama ada secara zahir atau batinnya. Budaya memerlukan sekolah untuk menyebar dan memperkembangkan penggunaan budaya tersebut manakala sekolah memerlukan budaya untuk mengukuhkan struktur asas sekolah dan membantu pencapaian matlamat penubuhan sekolah.

Dalam konteks kepelbagaian budaya di Malaysia, terdapat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang kedua-duanya diwujudkan sejak 1913 lagi demi menjaga dan mengekalkan bahasa ibunda mereka sebagai simbol identiti budaya . . . . . .
(for full essay, kindly contact me - ziharusan_java@yahoo.com.sg)

No comments:

Post a Comment