Showing posts with label Malaysia indonesia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia indonesia. Show all posts

Tuesday, 6 December 2011

Adik menoreh

ADIK:
Adik dah abes SPM
Adik nak keje
Adik nak rasa pegang duet sendiri
Adik nak sewa rumah dengan kawan-kawan
Adik nak bebas
Tinggal sendiri
Berdikari
Boleh hisap rokok
Tak yah nak sorok-sorok
Bebas
SPM dah abes !!


IBU:
Hidup ini bukan mudah adik
Lagi-lagi adik itu lelaki
Jadi lelaki banyak tanggungjawab
Jangan asyik fikir nak enjoy saja
Tinggal sendiri?
Adik masak nasi pun tak reti lagi
Macam mana nak makan nanti?
Tak kan lah nak makan luar hari-hari
Duduk dengan Ibu
Tolong Ibu dan Bapak kau menoreh
Makan ibu tanggung
Boleh?


Program LINUS, pernah dengar? Klik sini.

Tuesday, 8 November 2011

Adrian Jay Pereira | Pelajar Malaysia mati dikelar di Indonesia.

Inalillah. Sedih betul bila dapat tahu berita ini. Datang untuk belajar tetapi mati dek kerana seorang pencuri bodoh yang kesempitan wang dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang. Pelajar 22 tahun ini mati dikelar lehernya selepas mangsa mendapati terdapat seorang lelaki yang cuba untuk mencuri motosikalnya di rumah sewanya di Malang, Jawa Timur.

Menurut laporan oleh PKMI, Adrian Jay Pereira yang berasal dari Klang ini telah mati di tempat kejadian. Adrian nie pelajar perubatan di Fakultas Perubatan, Universiti Brawijaya, Malang Indonesia. Kejadian ngeri ini telah berlaku pada jam 7 pm. Mengikut pengalaman aku, kalau pukul 7 di Jakarta tu dah gelap macam pukul 8 kat Semenanjung Malaysia so masa tu orang ramai dah balik kerja dah.

Menurut laporan lagi, Adrian telah dikejarkan ke Hospital Saiful Anwar, Malang untuk bedah siasat. Nak pastikan la tu meninggal sebab apa, buat laporan, doktor sahkan kematian.

Pihak Malaysian Students Department di Indonesia sedang dalam proses mendapatkan maklumat lengkap mengenai kejadian ini daripada pihak polis Indonesia dan menghantar pulang jenazah ke Malaysia.

So kepada pelajar-pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara tak kiralah di mana saja, pandai-pandailah jaga diri. Jangan terlalu percayakan orang okkay.