Sunday, 27 November 2011
Keseorangan
Gurau senda dengan keluarga; adik-beradik.
tapi bila dah posting nanti
baru kau tahu
Hidup tak selalunya indah
Hidup tak semestinya ada ramai kenalan di sekeliling
Hidup tak semestinya keluar diner tiap-tiap malam dengan best-mate
tidak tidak
apa jadi kalau kau posting di tempat asing
Pulau Ketam, Perlis
Jitra, Kedah
Segamat, Johor
Lahad Datu, Sabah
tempat-tempat di atas bukan tempat ceruk
ceruk atau pedalaman bukan masalahnya
masalahnya sekarang
Keseorangan
lainlah kalau bapak kau kerja di Kementerian
lainlah kalau bapak kau pegawai itu pegawai ini di jabatan itu jabatan ini
lainlah kalau bapak kau tukang kipas Yang Berhormat tuuuuuuuuttt
hidup sangat adil
Manusia yang jadikannya tak adil
Jadi, berSEDIA!
p/s: Dalam kubur nanti pun keseorangan juga.
Wednesday, 12 October 2011
Comfort Zone

Thursday, 14 May 2009
Bulan Suram Geram
Mencaci diri suci
Tanpa aku sedari
melankolik kelmarin menjenguk kembali
Kononnya menghibur diri ini
tak tersentuh sama sekali
Api
Kalau aku hina sekali
Bakar diri ni
Angin malam
Kalau aku jiwa kelam
pinjamkan aku sinar bulan
Biar aku terang
Hilang suram
Hilang geram
Saturday, 14 February 2009
Senyuman Munamuni
si jalang sibuk merosak sana sini
dengan tangan merah pekat penuh dosa
si jalang ligat di medan rekaannya
memuas nafsu dan mencari mkn
sedangkan di seberang jalan
provokasi munamuni menggamit si gendut
si gadis tergamit dengan gubahan warna munamuni
sang jejaka terganggu dengan warna-warna munamuni di dada mata airnya
si lampai pula pening memikir provokasi munamuni yang terlekat di dadanya
itu semua subjektif
provokasi itu subjektif
senyuman itu juga subjektif
tapi tidak bagi munamuni
falsafahnya adalah fakta
sedari awal kewujudannya utk menyalut sekujur daging
mencambah syukur di hati pemiliknya
pemilik cantuman kapas-kapas halus dengan provokasi
penggerak diri
Wednesday, 3 December 2008
Hikmah Penat
Menonton tv
depresi kepenatan yang melampau
hipokrasi yang kosong
kejujuran yang terserlah
celik mata akal
buta jiwa nafsu
dengan pasti
sang penat akan pupus
tapi akan lahir semula
pencetusnya sahaja yang berbeza
penat dan lelah tanda usaha kian menjadi
tanda doa kian termakbul
tanda restu terpatri di bibir
Pemandu Fiksi
11.16 malam
29 November 2008
Kg. Jawa, Segamat
Pemikir Kisah Lampau
Bacalah dengan nama Tuhanmu wahai Muhamad
pemikir kisah lampau gemar membaca
ya dan tepat
membaca monolog hati dan fikiran moyang-moyangnya
membaca gerak hati mereka
membaca tindak tanduk mereka
membaca buku hati mereka
membaca, membaca dan membaca
agar tidak mengulangi silap yang serupa
agar ummah maju dan berdiri gah semula
Pemandu Fiksi
9.42 pagi
27 November 2008
Rumah batu 3, Kg. Jawa
Berusaha Lagi !!!
Apa jadi kalau saya kena ulang peperiksaan??
Apa jadi kalau saya kena buang???
Terang mata hati
Gelap mata hakiki
aduh..
Hipokrasi kepintaran yang melampau
Aku tak mahu sebegitu
Hakikat kegagalan daripada usaha yang tekad
Mungkin tiada rezeki
Mungkin itu bukan hak aku
Mungkin itu hak orang lain
Hak Sakinah dari Palestin
Hak Mahmood dari Ambon
Hak Blair Waldorf dari Michigan
Hak Che Kiah dari Kota Sarang Semut
atau hak Muzali dari Segamat
Aku hanya penumpang
penumpang yang epifit
bukan parasit
Menumpang secubit masa Tuhan untuk melihat keindahan alam ciptaan-Nya
Aduh..
Indahnya
Betul
Ini semua Duniawi
Pandangan mata memang menipu hakikat sebenar
Ya
dan aku tahu
sangat pasti
Aku hanya boleh berusaha
Hanya mampu berusaha
dan hanya cuba berusaha
Pemandu Fiksi
1:20 pagi
Jumaat, 14 November, 2008
c-0-14, Asrama IPTKL, Cheras
USFTA
USFTA
Itulah manisan berintikan racun
Berhati-hati ye YB kalau berurusan dengannya
Janganlah kerana ianya manis bagai madu
Sepah dibuang, diketepikan buah fikirnya
YB, buah catur perlu diatur molek-molek
kerana nasib yang lain
di tangan kamu
positif, negatif
YB yang pilih
USFTA
di Korea laksana sampah
di Jepun dipandang sepi
di Malaysia?
YB yang pilih
dipandang hina atau mulia
Pemandu Fiksi
14 Januari 2008
Rumah Batu 3
Kampung Jawa
Kosong
Kosong
Ibarat kain putih
tanpa corak
tanpa warna
tanpa perasaan
itulah aku
Dahulu
Aku berwarna-warni
Penuh corak
Penuh hati
Penuh perasaan
Namun asid itu!
Melunturi aku
dikit-dikit
Wahai dunia
Warnai aku semula
dengan corakmu
dengan warnamu
dengan hatimu
dengan perasaanmu
Agar aku dapat membalas budimu
Asid itu perlu
dimusnahkan!
dihancurkan!
diremukkan!
dicampak jauh-jauh!
Agar tidak menggangu aku lagi
Agar tidak melunturi aku lagi
Asid itu!
Asid!
Asid Amerikanisasi!
Sial!
Pemandu Fiksi
11 Disember 2006
Rumah Batu 3
Kg. Jawa
8.30 malam