Falsafah pendidikan yang saya akan amalkan nanti adalah gabungan daripada semua nilai-nilai positif dari semua jenis falsafah pendidikan yang diamalkan di seluruh dunia pada hari ini dan diberi nama Falsafah Pendidikan Pemikiran Baharu. Yang pasti, falsafah pendidikan yang akan saya amalkan adalah bertunjangkan falsafah pendidikan Islam dan dilatari oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, falsafah mazhab rekonstruktivisme, perenialisme, esensialisme dan progresivisme juga dijadikan intipati dalam falsafah pendidikan saya.
Namun saya tidak menjadikan falsafah eksistensialisme sebagai intipati falsafah saya kerana saya tidak bersetuju dengan falsafah ini. Lagi pula saya pernah membaca sebuah buku bertajuk “Jenayah Yahudi Terhadap Dunia Islam” oleh Dr. Majid Kailani yang mendedahkan bahawa falsafah eksistensialisme merupakan salah satu propaganda Yahudi untuk meruntuhkan moral semua bangsa selain bangsa Yahudi terutamanya Islam.
Mengikut Falsafah Pendidikan Pemikiran Baharu, tujuan pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang mempunyai kepakaran yang menjurus manakala aspek-aspek lainnya sentiasa berkembang dan maju setiap masa seperti aspek rohani, jasmani dan emosi selain intelek. Tujuan pendidikan ini menumpukan kepada kehendak masyarakat terutamanya agenda-agenda kerajaan seperti pembangunan modal insan, pembangunan kawasan luar bandar melalui pendidikan dan sebagainya.
Jenis kurikulum yang diterapkan adalah sama bagi semua pelajar dari awal sekolah rendah iaitu penekanan kepada subjek-subjek sains, sains sosial serta kesenian dan kesusasteraan sehingga pertengahan sekolah menengah yang mana para pelajar diberi pilihan untuk memilih jurusan yang menjurus kepada minat mereka. Pelbagai sekolah dibina untuk menampung program ini seperti sekolah sukan, sekolah seni, sekolah tarian, sekolah teknik dan vokasional dan sebagainya.
Guru akan berperanan sebagai fasilitator dan akan menggalakkan perbincangan antara murid-murid selain menggunakan kaedah “chalk and talk” sebagai kaedah pengajaran. Murid atau pelajar pula berperanan sebagai pembincang yang akan mengemukakan idea atau cadangan pada topik-topik atau isu-isu yang dibawa oleh guru. Selain kaedah hafalan, kaedah “student-centered” juga diamalkan manakala kaedah “spoon-feed’ adalah tidak digalakkan.
Sekolah Kebangsaan Bukit Hampar merupakan salah sebuah sekolah yang terkemuka dalam daerah Segamat. Pencapaian murid-muridnya dari aspek kurikulum dan ko-kurikulum yang membanggakan itu menyebabkan sekolah ini menjadi pilihan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Sekolah yang di ketuai oleh Encik Ainun Naim Bin Ibrahim ini telah mencapai pelbagai pencapaian yang sangat membanggakan terutamanya dari aspek kurikulum iaitu rekod pencapaian 5Anya.
Apakah rahsia di sebalik kejayaan sekolah ini? Adakah guru-gurunya mengaplikasikan teori-teori pembelajaran yang telah dikemukakan oleh para sarjana terkemuka dunia? atau murid-muridnya belajar mengikut stail atau cara yang sangat berkesan? Pada 17 hingga 21 Ogos yang lalu, penulis berkesempatan mengikuti program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) atau ‘School Based Experience (SBE)’ selama seminggu si Sekolah Kebangsaan Bukit Hampar, Segamat bersama-sama beberapa rakan penulis dari beberapa IPGM lain dari seluruh Malaysia.
Untuk mengkaji apakah resepi kejayaan murid-murid di sekolah tersebut, penulis dan beberapa rakan yang lain telah berkesempatan mengikuti beberapa kelas akademik oleh beberapa orang guru. Guru yang pertama ialah Tuan Haji Zainal Arifin Bin Suhimi yang juga merupakan Ketua Panitia matematik sekolah tersebut. Beliau mengajar matematik untuk murid darjah empat dan darjah enam. Beliau juga merupakan antara guru yang paling senior dan berpengalaman di sekolah tersebut. Guru yang kedua ialah Encik Zulkifli Bin Salleh. Beliau merupakan guru sains bagi darjah lima danenam di sekolah tersebut dan merupakan seorang lulusan universiti.
Sekolah tersebut mempunyai tiga kelas bagi setiap darjah iaitu Anggerik untuk kelas pertama, Bunga Raya untuk kelas pertengahan dan Cempaka untuk kelas hujung. Penulis berkesempatan untuk mengikuti kelas matematik Tuan Haji Zainal Arifin Bin Suhimi pada hari Selasa jam 12.20 hingga 1.20 tengah hari di kelas 4 Anggerik iaitu kelas pertama bagi darjah empat. Penulis juga berkesempatan mengikuti kelas Encik Zulkifli Bin Salleh yang mengajar subjek sains bagi kelas 5 Cempaka iaitu kelas paling hujung bagi darjah lima pada hari Rabu jam 8.30 hingga 9.30 pagi di Makmal Sains. Penulis berasa sangat bertuah kerana sewaktu penulis membuat pemerhatian bersama rakan penulis dalam kelas EncikZulkifli, Guru Besar sekolah tersebut juga turut serta kerana beliau sedang membuat pemantauan tentang P&P Encik Zulkifli.
Seterusnya, penulis akan mengulas hasil pemerhatian penulis berdasarkan kerangka teori yang telah dikemukakan oleh para sarjana terkenal dunia seperti Ivan Pavlov, J. B. Watson, E.L. Thorndike, B.F. Skinner, Albert Bandura, David Ausubel, R.M. Gagne dan Jerome Bruner.
Pengajaran dan pembelajaran yang baik lagi berkesan tidak akan berlaku tanpa perancangan yang rapi. Perancangan yang rapi perlu berlandaskan sesuatu yang kukuh dan diakui kebenaran atau kewajarannya. Perancangan itu merupakan sesuatu yang terbukti benar. Sesuatu yang dimaksudkan itu dikenali sebagai teori. Justeru itu, kerja amali atau pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang baik perlu berlandaskan teori yang terbukti keupayaan dan kejayaannya.
Melalui pemerhatian penulis terhadap kedua-dua kelas tersebut ialah didapati bahawa pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua orang guru tersebut adalah berbeza mengikut tahap kognitif murid-murid. Teori pembelajaran yang diaplikasikan oelh Tuan Haji Zainal Arifin untuk kelas 4 Anggerik adalah berbeza dengan pendekatan yang digunakan oleh Encik Zulkifli bagi kelas 5 Cempaka.
Sebelum itu, mari kita lihat kerangka teori pembelajaran yang telah disediakan oleh para sarjana yang telah saya sebut di atas. Terdapat lima jenis teori pembelajaran iaitu teori pembalajaran behavioriesme, kgonitif, konstruktivisme, humanism dan sosial. Teori pembelajaran behaviorisme dapat dibahagikan kepada dua iaitu pelaziman klasik dan pelaziman operan. Manakala teori pembelajaran kognitif pula dibahagikan kepada Gestalt (celik akal), penerimaan, penemuan dan pemprosesan maklumat hierarki pembelajaran. Untuk laporan ini, penulis hanya akan menghuraikan apa sahaja teori yang digunakan oleh kedua - dua guru tersebut dalam kelas mereka.
Pelaziman klasik (classical conditioning) merupakan teori pembelajaran yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov yang juga merupakan seorang pemenang hadiah Nobel pada 1904. Menurut Pavlov, pelaziman klasik merupakan satu bentuk pembelajaran perkaitan melibatkan ransangan neutral berkait dengan rangsangan semula jadi dan menghasilkan gerak balas yang serupa. Semasa kelas Tuan Haji Zainal, situasi ini berlaku apabila murid-murid mendengar sahaja bunyi tapak kasut Tuan Haji Zainal, mereka akan cepat-cepat mengeluarkan buku sifir kerana set induksi Tuan Haji Zainal ialah melengkapkan petak sifir sebelum memulakan pengajaran. Sebelum memulakan pengajarannya, Tuan Haji akan menyuruh murid-muridnya melengkapkan petak sifir tersebut dalam masa yang ditetapkan. Apabila Tuan Haji masuk kelas dan beliau melihat terdapat murid-murid yang masih belum mengeluarkan buku tersebut, beliau akan merotan murid tersebut. Jika murid tersebut tidak sempat menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan juga, mereka akan dirotan.
Melalui situasi di atas dapat dilihat bahawa pada awalnya apabilamurid-murid mendengar bunyi tapak kasut Tuan Haji Zainal tiada sebarang gerak balas atau respons daripada murid-murid kerana bunyi tapak kasut Tuan Haji adalah rangsangan neutral. Apabila bunyi tapak kasut disusuli rotan jika murid-murid belum mengeluarkan buku latihan matematik, murid-murid menjadi takut dan mengeluarkan buku latihan matematik sebaik sahaja mendengar bunyi tapak kasut Tuan haji Zainal Arifin. Proses ini diulangi sehingga terbentuk perkaitan antara bunyi tapak kasut dengan rotan. Hasilnya apabila, murid-murid mendengar bunyi tapak kasut Tuan Haji Zainal, mereka akan berasa takut dan cepat-cepat mengeluakan buku latihan matematik tanpa disuruh.
Penulis yang berkesempatan mengikuti kelas Encik Zulkifli mendapati bahawa beliau mengaplikasikan teori pembelajaran humanism dalam kelasnya iaitu teori Carl Rogers. Rogers membahagikan pembelajaran kepada dua, iaitu pembelajaran kognitif dan pembelajaran pengalaman yang melibatkan aplikasi pengetahuan. Pembelajaran pengalaman adalah belajar melalui proses membuat. Murid akan terlibat secara aktif dalam pembelajaran, merancang, membuat kajian, menghasilkan sesuatu sesuatu yang pasti erjaya hasil dan kesan yang memberangsangkan. Semasa kelas Encik Zulkifli, topik yang diajarnya ialah berkenaan ‘state of matters’. Sebelum memulakan kelas, Encik Zulkifli telah awal-awal lagi menyediakan set lengkap peralatan eksperimen untuk murid-muridnya meneroka tajuk tersebut dengan sendiri tetapi masih di bawah pengawasannya. Murid-murid akan menlakukan aktiviti-aktiviti yang disuruh oleh Encik Zulkifli dan membuat catatan terhadap pemerhatian mereka. Melalui cara ini, saya dapati murid-murid sangat berminat untuk mengikuti pembelajaran kerana mereka diberi peluang untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kelas.
Menurut Carl Rogers lagi, pembelajaran yang berkesan akan terhasil jika pelajar berasa tenang dan bebas daripada ancaman serta perbezaan individu atau pengalaman pelajar diambil kira dalam menentukan tahap layanan yang sewajarnya. Beliau juga menyarankan penerimaan semua pelajar akan terhasil jika pelajar berasa tenang dan bebas daripada ancaman serta perbezaan individu atau pengalaman pelajar diambil kira dalam menentukan tahap layanan yang sewajarnya. Encik Zulkifli sememangnya mengguna pakai teori ini kerana beliau sangat berhati-hati semasa menjalankan proses P&P. Semasa penulis mengikuti kelas tersebut, set induksi Encik Zulkifli ialah mengisi pengurusan grafik atau ‘graphic organizer’ yang beliau telah siapkan di papan hitam. Beliau telah memanggil murid-muirdnya untuk pengurusan grafik tersebut tanpa sebarang pilih kasih. Beliau telah memanggil hampir kesemua murid-muridnya untuk mengisi pengurusan grafik tersebut. Kesimpulannya, beliau telah berjaya mewujudkan satu suasan selesa atau bebas daripda ancaman serta perbezaan individu agar murid-muridnya dapat belajar dengan berkesa.
Tamsilannya, waluapapun teori yang digunakan oelh para guru, hasilnya dalah berbeza dan akan menampakkan kesan yang mendalam. Seseorang guru perlu bijak mengaplikasikan teori-teori pembelajaran yang telah dimajukan oleh para sarjana terkenal kerana mengikut kajian mereka teori tersebut terbukti benar.
Geram aku sendiri Mencaci diri suci Tanpa aku sedari melankolik kelmarin menjenguk kembali Kononnya menghibur diri ini tak tersentuh sama sekali Api Kalau aku hina sekali Bakar diri ni Angin malam Kalau aku jiwa kelam pinjamkan aku sinar bulan Biar aku terang Hilang suram Hilang geram
Malam ini Malam sepi aku sendiri sunyi dan sepi jika bulan menyinar kelam biar aku terpalit sekali jika alam tersinar kelam biar aku turut sekali walau sekecil butiran pasir walau sehalus titisan air akan ku pintal palitan itu menjadi benih-benih gembira menyinar jiwa-jiwa sepi terkunci dan tersendiri
Tatkala hati bergemerincing dengan warna-warna provokasi munamuni si jalang sibuk merosak sana sini dengan tangan merah pekat penuh dosa si jalang ligat di medan rekaannya memuas nafsu dan mencari mkn sedangkan di seberang jalan provokasi munamuni menggamit si gendut si gadis tergamit dengan gubahan warna munamuni sang jejaka terganggu dengan warna-warna munamuni di dada mata airnya si lampai pula pening memikir provokasi munamuni yang terlekat di dadanya itu semua subjektif provokasi itu subjektif senyuman itu juga subjektif tapi tidak bagi munamuni falsafahnya adalah fakta sedari awal kewujudannya utk menyalut sekujur daging mencambah syukur di hati pemiliknya pemilik cantuman kapas-kapas halus dengan provokasi penggerak diri
Somewhere over the rainbow in the middle of February in the middle of morning in the middle of the awakening I beseech thee, oh my I'm begging because I need I want and I hope that "the beautiful creature" will see me "the ugly creature" even just a second amin . . . .
Cemburu Iri hati Dengki Bukan! Bukan! Dan bukan! Kesempurnaan kau menjadi nadi pembakar perasaan hitam ini Aku pendam Ya memang ku pendam keserakahan cemburu ini Agar ia bernanah dan menais-nais Agar dapat ku rasakan Nikmatnya membalas dendam Kau memang sempurna Tapi hanya zahir Dalaman hanya tuhan yang tahu Mungkin putih suci Atau mungkin gelap pekat seperti aku Kau memang sempurna Oleh hal itu Ku mahu kau tahu Aku tak sesempurna engkau Aku tak dengki Aku tak iri hati Aku tak cemburu Tapi aku tetap akan memberi pembalasan dendam ini