Haaa . . . Awal musim pengangguran dah pergi jenjalan ke Cameron Highlands. thanks a lot to family Ayah Wahab. Katanya hadiah birthday. wahahaha . . hadiah siot. Kali ini pula kamek ke Beijing, China !!!
7 hari diperuntukkan untuk bercuti kali ini. Segala kerja terpaksa ditangguhkan. Anak - anak murid tuisyen sekalian, cikgu pergi bercuti ye. Jangan nakal - nakal.
Tolak hari perjalanan pergi dan balik, dua hari so 5 hari sajalah berada di Beijing.
Arrival
Ok ni adalah group kami! Nak senang katanya, so pakailah agensi untuk bercuti di Beijing. Segala - galanya mereka yang uruskan dari tiket penerbangan, hotel, makan, minum dan bas. Shopping sendirilah bro. Diorang tak uruskan.
Dari KLIA ke Beijing tak de direct flight so kitorang transit di Hong Kong. From KLIA to HKIA (Hong Kong International Airport) is 5 hours.Naek Cathay Pacific u'olls. Cathay Pacific punya layanan memang the best. Boleh tambah2 meal lagi. Hahaha . . Lapar tau dak. Seriously, Cathay Pacific is better than MAS. Tak taulah kalau flight Cathay yang lain. Fyi Cathay Pacific based in Hong Kong.
Tambah tolak, pergi toilet, pusing2, sesat2 kitorang ada 2 jam untuk transit di HK. HKIA is super big. It is one of the busiest airport in the world. memang pon. Ramai gila orang. Then untuk ke Beijing kitorang naek Dragon Air. Dragon Air is subsidiary of Cathay Pacific. Dragon Air ni macam Air Asia lah kalau kat Malaysia. Kalau dah cakap Air Asia tu paham2 jelaaaaaa . . . sakit badan den. Nasib baiklah tiga jam je. Dekat - dekat nak sampai Beijing dah malam dah and its all white down there! Snowing!!
Keluar flight je sejuk sampai ke tulang and kami pakai t-shirt dan kemeja je ok. Hebat tak orang Malaysia.
Sampai di Beijing International Airport kami disambut oleh Tour guide kami iaitu Maggi. Nama die memang seketul tu jelah. She's Chinese and she can speak Indonesian. No Malay. So kitorang memang macam ayam dengan itik la. Naseb la pernah tengok Sinetron. Aduh pak! Gawat bangat!
Sampai - sampai je dah malam so sampai hotel terus tidolah. Ape lagi tapi tido dengan pakai heat tech or long johns kalau tak mati keras la sejuk.
Day 1 - Day 5
Sepanjang percutian ni, kitorang tak perlu nak pikir ape2 sebab semuanya dah diuruskan oleh agensi. So enjoy la jang!
Summer Palace pada musim sejuk. Tasik suma jadi ais jah oi. Jom ice skatting. Disebabkan suhu ketika ini ialah -2 darjah celsius, maka terpaksalah kami menjadi zoro.
Next, Beijing Zoo. Pergi zoo time - time sejuk nie memang nampak Panda jelah. Burung2 dan beberapa haiwan sejuk yang lain. Haiwan lain sume hibernasi. Tiket price? Tak tau. Tour guide yang bayarkan. hahaha
Ok, tengok gambar pon dah tau kat mana nieh. Beijing Olympic Park. Park ini mengandungi banyak stadium yang dibina khas untuk Olimpik musim panas 2008.
Bila digabungkan semua gambar di atas, akan nampak pergerakkan melompat kami. Bird Nest Stadium di belakang kami. Dalam stadium tu kosong. Pihak pemerintah nak keluarkan smeua kerusi2 tersebut dan bina shopping mall dalam Bird Nest tu.
Parlimen China. Tiennen Square dan Forbidden City depan Parlimen nie je. And it is huge !!! Penat jalan kaki weyhhhh . .
China Business Street. Kat sini semua huge name and brand located. And the price is double the cheaper than Kuala Lumpur!! 1st sebab winter sale, pastu currency kite lagi besar dari China. 100 yuen = 50 MYR. So kalau kite ade RM1, kita akan dapat 2 Yuen. Paham tak? Senang je . .
This is Wang Fu Jing Street. Ala - ala SoHo di New York atau Oxford Street di London atau Bukit Bintang di KL. Ramai gile orang. Banyak butik kat sini. Chanel, Gap, bla bla bla.
Afiq, my new friend and Kak Mazwin, our group leader from Poto Travel. Kak Mazwin nie peramah gile. Best lepak dengan die.
Time - time sejuk nie, minum hot chocolate memang masyuk. This is Wagas. Famous coffee shop based in Hong Kong. Hot Chocolate die superb. Ok btw, Wagas nie terletak dekat Beijing Business Street and ianya terletak dalam lingkaran 3 Kota Beijing. hurm . . Beijing sebenarnya is a big city. Saiznya lebih kurang Selangor haa. Untuk memudahkan pentadbiran, pemerintah Beijing dah bahagikan Beijing kepada 8 lingkaran. Ala - ala Venn Diagram la. Lingkaran 1 paling dalam, luar lingkaran 1 ada lingkaran 2, luar lingkaran 2 ada lingkaran 3 dan begitulah seterusnya.
Parlimen,Tiennen Square, Forbidden City - Lingkaran 1
Beijing Business Street - Lingkaran 3
Rundu Hotel (Hotel penginapan kami) - Lingkaran 4
Great Wall of China - Lingkaran 8
Yang baju biru hujung tu Izwan, next to him is Kimi then Kak Mazwin. yang sorang2 tu Alep. Kalau perasan, Izwan nie selalu keluar commercial ad kat tv. Brylcream etc etc.
Bile convert, the price is still the same dengan Kuala Lumpur. Duhhh
Masuk hari ke 4 dan ke 5, diorang bawa kami ke tempat shopping SAHAJA. tau tak shopping menggunakan wang dan wang agak sukar dicari pada zaman sekarang. hahaha . . so geng bujang (saya, alif, afiq, kimi dan izwan) lepak di starbucks atau mana2 coffe shop tatkala kaum wanita rambang mata mengeluarkan wang masing - masing membeli semberono. Murah la katakan.
Tips
1. Komunikasi - Orang Cina memang ramai yang tak tahu bahasa Inggeris so it is better for you to capture the things yang nak ditanyakan dalam phone then tunjukkan pada diorang. Kalau nak pergi tandas, tunjukkan gambar toilet yang korang dah capture tu.
2. Ringgit - Walaupun duet kita lebih besar daripada duet diorang tapi duet kita tak laku kat sana. Money changer tak mau. So better tukar siap2 kat Malaysia. Tunggu currency rate die murah baru tukar.
3. Makanan - Its China bro. They eat everything. So Maggie cup satu kotak tu memang perlu. Restoren Muslim banyak tapi paham ke tulisan cina? Ok, satu lagi tips, hal2 Muslim selalunya signboard diorg warna hijau. Masjid, restoren muslim, supermarket muslim, semuanya signboard warna hijau.
4. Winter - Di Tembok Besar China suhunya mencecah -16 darjah celsius. bayangkan . . sejuk woooo . . so it is better to bring lot of baju. Heat Tech, Long johns, stoking and glove.
5. Tawar - menawar - Barang kat sini murah so kalau pandai tawar boleh dapat 80% less. Kalau time tawar menawar tu memang akan ade tengking menengking and gadoh jerit2. so tahan jela untuk dapatkan harga paling murah. cara menawar is using kalkulator. Penjual akan letak harga bile kite tanye, then kite tekan harga kite nak pada kalkulator tu. kalau die cakap 'puyauuu' kite bela jela. kadang2 diorang panggil kite balik. hahaha . .
6. Transportation - kat sana semua ada. well connected. tapi masalahnya ialah . . . . . . . tulisan Cina.
Sekian sahaja.