Sunday 24 May 2009

Bulan Suram Geram II

Sialan Bulan Suram Geram
Aku mahu sepi
bukan mati
Aku mahu damai
bukan mamai
Aku mahu hidup
bukan lingkup
Bulan
Suram
Geram
aku
pada
dia

Thursday 14 May 2009

Bulan Suram Geram

Geram aku sendiri
Mencaci diri suci
Tanpa aku sedari
melankolik kelmarin menjenguk kembali
Kononnya menghibur diri ini
tak tersentuh sama sekali
Api
Kalau aku hina sekali
Bakar diri ni
Angin malam
Kalau aku jiwa kelam
pinjamkan aku sinar bulan
Biar aku terang
Hilang suram
Hilang geram

Monday 11 May 2009

Malam Sepi

Malam ini
Malam sepi
aku sendiri
sunyi dan sepi
jika bulan menyinar kelam
biar aku terpalit sekali
jika alam tersinar kelam
biar aku turut sekali
walau sekecil butiran pasir
walau sehalus titisan air
akan ku pintal palitan itu
menjadi benih-benih gembira
menyinar jiwa-jiwa sepi
terkunci dan tersendiri