Thursday 15 January 2009

Aku Seorang Guru Baharu

Di suatu wilayah baharu
aku
seorang guru baharu
bertandang malu
tanpa segan silu
mengenali muka-muka baharu

Di sebuah daerah baharu
aku
seorang guru baharu
mengenali muka-muka baharu
agar dapat dibuang rasa malu

Di sebuah permukiman baharu
aku
seorang guru baharu
mengendong berat berbuku-buku
agar dapat dikongsi pada yang perlu

Di sebuah kampung baharu
aku seorang guru baharu
menghakis dikit-dikit nafsu
demi bangsaku

Di sebuah sekolah baharu
aku
seorang guru baharu
membuang rasa jemu
demi mencurah bakti ilmu

Sunday 11 January 2009

Kesempurnaan dan pembusuk hati

Cemburu
Iri hati
Dengki
Bukan!
Bukan!
Dan bukan!
Kesempurnaan kau menjadi nadi pembakar perasaan hitam ini
Aku pendam
Ya memang ku pendam keserakahan cemburu ini
Agar ia bernanah dan menais-nais
Agar dapat ku rasakan
Nikmatnya membalas dendam
Kau memang sempurna
Tapi hanya zahir
Dalaman hanya tuhan yang tahu
Mungkin putih suci
Atau mungkin gelap pekat seperti aku
Kau memang sempurna
Oleh hal itu
Ku mahu kau tahu
Aku tak sesempurna engkau
Aku tak dengki
Aku tak iri hati
Aku tak cemburu
Tapi aku tetap akan memberi pembalasan dendam ini

Pemandu fiksi
15.26pm
2 Jan 09

Pantun Langkawi dan Alam Sekitar

Ke Pulau Langkawi menaiki feri
Menaiki feri dari jeti
Hutan dimusnah sesuka hati
Menangis bumi terluka sana sini

Tarikan utama alam semulajadi
Tak sabar nak kunjung ternanti-nanti
Pemanasan global menjadi-jadi
CFC dilepas sesuka hati

Berjalan-jalan di kawasan Kuah
Membeli-belah tak ingat sakit
Bukit di tarah tanah pun runtuh
Musnah semua di bawah bukit

Mencari artifak mengguna penukul
Di tapak arkeologi destinasinya
Asap kilang berkepul-kepul
Hujan asid nasib seterusnya

Pemandu Fiksi
2008